BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Followers

Popular Posts

20 May 2011

Ketawa Dengan Hatimu

Bismillahirahmanirahim..

Ketawalah..ketawa untuk menggembirakan hatimu.

Tetapi jangan pula ketawa berlebihan. Ingat! (^___^)

Ketawalah seikhlasnya dari hatimu. Hatimu akan lunak, akan tenang, akan kenyang diberi makan kegembiraan yang ikhlas. Sesekali hindarkan hatimu dari duka yang mendatang. Berikan haknya.

Kenapa aku cerita tentang ketawa? (kerana malam ini aku banyak tertawa bersama teman-teman) Ketawa yang sebenarnya. Sehingga aku rasa lebih tenang daripada kebiasaannya.

Andai ketawa itu terlalu kasar bunyinya. Apa salah beri senyummu semanis dua? (^___^)

Sesekali Diuji



*Sila hentikan lagu iringan blog di bahagian bawah blog untuk mendengar lagu ini dengan lebih tenang*

Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa

Pada Allah
Pengasih…Pemurah dan Penyayang

Kita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Tenang Apabila Ikhlas

Bismilahirahmanirahim..

Hujan petang ini. Mudah-mudahan mendinginkan hawa yang agak panas.

Hari yang tenang. Aku bangun agak lewat hari ini. Bangkit mandi dan terasa bosan. Mahu memulakan muraja'ah. Lambat lagi terasa peperiksaan. (Biasalah, nanti bila di hujung-hujung waktu baru hendak menelaah) (^^,)

Turun ke dapur. Rasa mahu mengemas membuak-buak. Apa lagi ditunggu. Tangan bergerak seiring nafas. Laju sangat.(^^,) Selesai mengemas, memanaskan mee goreng dan makan bersama milo suam. Nikmat terasa hingga ke hati. Alhamdulillah.

Ada satu perkara yang dipelajari.

Melakukan apa sahaja dengan ikhlas dan gembira, insya Allah ketenangan akan datang selepasnya..

Terima kasih Tuhan..


19 May 2011

Makna

~Erti Sebuah Nama~



17 May 2011

Suapkan Aku Ilmumu

Aku kelaparan
dalam dingin malam
Aku kesejukan
dicium hujan
mengigil ketakutan

Datanglah
datang suapkan aku
yang kelaparan
datang selimutkan aku
yang kedinginan
dengan makanan ilmumu
dengan selimut cintamu

~SELAMAT HARI GURU~

Semoga Allah sentiasa melindungi guru-guruku

07 May 2011

Tingkah Tanpa Suara

Mentari itu
Ku persembahkan padamu
Moga cahayanya
Menerangi hatimu

Kejora jauh
Ku kalungkan di lehermu
Agar nilainya terlalu mahal
Hingga tak terbeli sesiapa

Tuhan,
Khabarkan cintaku padanya
Kerana suaraku bergumam sahaja
Tidak bisa terluah
Tidak mampu digubah

Maka,
Aku berkata dengan hatiku
Dengan tingkahku
Moga cintaku sampai padamu
Ibu, seorang ratu
Untuk beribu waktu

Untuk mama yang sentiasa di jiwa...

06 April 2011

Penggali Khazanah Bumi

Dulu, bumi itu penuh rahsia
Terasing dan meminggir
Tiada yang baik
Langsung tiada
Hingga tampak sia-sia

Apabila sahaja
Tuhan jadikan aku
Penggali khazanah bumi
Aku bongkar
Aku selongkar
Hingga temui
asal akar

Bukankah pohon rendang
Teguh kuat
Kelak hasilannya buah yang ranum?
dan bunganya akan mekar menguntum
hingga menebar bauan harum

*Hari-hari sibuk dalam hidup praktikum

16 March 2011

Biarkan aku

Biarkan aku genggam matahari itu
Untuk aku berikan cahayanya
pada hatimu yang gelita

Biarkan aku curah hujan itu
Untuk aku basahkan jiwamu
yang kontang dengan cinta

Biarkan...
Biarkan aku basuh semua lukamu
hingga hilang bersih
tanpa darah
tanpa nanah
yang selamanya membusuk di situ
menganggu hidupmu

Dan aku bina kediaman jiwa
paling indah
Biarkan aku lakukan semua
Biarkan...

07 March 2011

AKU TAHU..DIA TAHU..

Aku tahu...
Dia tahu...
bahawa hati kami milik-Nya
dan cinta kami anugerah-Nya

Aku tahu...
Dia tahu...
syurga itu impian abadi
Di sana..
kami sulam manik cinta
hiasi sutera berwarna

Aku tahu..
Dia tahu...
Benih cinta itu kami semai
Kami bajai dengan sabar
agar tumbuh bunga yang mekar

Aku tahu..
Dia tahu...
Allah tahu..
Biarlah begitu...

EMOSI

Pernah hati bicara
marahnya tidak pernah reda
Namun, bila akal mereda
kawal marah
agar hati terjaga

Apabila nafsu merantai
Hati dan akal terpenjara
Langsung tidak bisa keluar
dari emosi yang terkunci

Kata Tuhan
Orang paling beriman
paling rendah kemarahan
paling tinggi kemaafan
dan belas ihsan

Jadi hamba
biar sederhana
mengapa emosi?
Sedang Tuhan Maha Tinggi
malah sangat mengasihi