Bismillahirahmanirahim.
Assalammualaikum w.b.t
Seperti selalunya, tahun baharu Masihi 2015 disambut meriah bagi meraikan permulaan semangat dan kehidupan.
Namun, berakhirnya tahun 2014 menyaksikan pelbagai kisah mewarnai wajah negara kita. Untuk sedikit waktu tersisa, kita titipkan doa buat mangsa tragedi MH370, MH17, Bencana Banjir yang melanda Pantai Timur Negara. Antara yang begitu menyentuh hati dan menginsafkan setiap warganegara ini.
Yang jelas, sebagai Muslim yang berpegang teguh pada Yang Maha Esa, inilah ujian dan tarbiah yang Allah berikan agar kita berhenti sejenak, berfikir seketika tentang segala yang telah kita lakukan dan lalui sepanjang kehidupan ini.
2015 ini sekadar peralihan tahun. Jika tahun 2015, kita masih berjalan dengan cara yang sama, berfikir dalam medium sekembar tahun sebelumnya-tiada apa juga yang akan berubah. Segalanya bermula dari diri. Angka adalah nombor. Masa adalah waktu. Tetapi, kita boleh berubah dari biasa ----> luar biasa.
Semoga yang terbaik untuk kita semua.😊
Popular Posts
-
Jangan cari aku Aku mahu lari Menjulang maruah Dan hak Berilah fahammu Juga ikhlasmu Tiada apa untukmu Sekadar cinta Tuhan Aku k...
-
Bismillahirahmanirahim. Dengan Nama-Nya yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Bulan lalu, tarikh yang sama (1 Julai 2013), cikgu ditempa...
-
May peace be upon you Bismillahirahmanirahim.. Hari yang bermakna tidak perlukan hadiah, pujian atau ganjaran. Hari yang bermakna ada...
06 January 2015
2015 : Perubahan Demi Diri
Posted by Cikgu Wana at 9:03 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment