
Dunia...
Aku tidak pernah lelah
Aku buang segala penat, sakit dan perit
Aku hanya mahu berlari
Biarkan sahaja
Nafasku tersangkut
di rongga paling akhir
Aku tetap mahu terus berlari
Dunia..
Biarkan aku berlari
Menuju hujung cahaya
Lalu, biarkan aku mati
sesudah itu
sesudah aku letih berlari
Popular Posts
-
Bismillahirahmanirahim. Sebelum apa-apa, jangan maki saya. Tajuk ini bukan bersifat menghina mana-mana pihak atau agama tetapi melibatkan ...
-
Itu manusia yang khalayak memanggilnya manusia yang melihat dengan mata dan berbicara dengan mulutnya Itu manusia yang hatinya kecil sahaja ...
-
1 Julai 2013. Tarikh lapor diri pertama di Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang. Tarikh yang tidak akan cikgu lupakan sampai bila-bila. Te...
-
Bismillahirahmanirahim.. Ketakutan. Fear. Takut yang membuatkan kita resah, gelisah, tidak tentu arah. Menaikkan bulu roma? Dan pelbagai ist...
-
Hari ini genap 3 hari di sekolah. Dan hari ini detik paling tidak gembira untuk kali pertamanya. Cikgu lewat ke LDP kerana terlupa. Alhamdul...
16 June 2011
Biarkan Aku Berlari
Posted by Cikgu Wana at 6:37 AM 0 comments
Labels: Wadi Puisi
13 June 2011
Tembus Cahaya

Mataku buta
tidak nampak
Aneh,
aku rasa cahaya
pedih..
perit..
Aku raba..
pegang tidak terasa
Silauan apakah ini?
Hingga tiada tampak sosoknya
tetapi terasa datangnya
Tuhan,
bantu aku..
tembus cahaya..
moga di sebelah sana
aku tidak lagi buta
Posted by Cikgu Wana at 8:27 PM 0 comments
Labels: Wadi Puisi
17 May 2011
Suapkan Aku Ilmumu
Aku kelaparan
dalam dingin malam
Aku kesejukan
dicium hujan
mengigil ketakutan
Datanglah
datang suapkan aku
yang kelaparan
datang selimutkan aku
yang kedinginan
dengan makanan ilmumu
dengan selimut cintamu
~SELAMAT HARI GURU~
Semoga Allah sentiasa melindungi guru-guruku
Posted by Cikgu Wana at 4:09 AM 0 comments
Labels: Wadi Puisi
07 May 2011
Tingkah Tanpa Suara
Mentari itu
Ku persembahkan padamu
Moga cahayanya
Menerangi hatimu
Kejora jauh
Ku kalungkan di lehermu
Agar nilainya terlalu mahal
Hingga tak terbeli sesiapa
Tuhan,
Khabarkan cintaku padanya
Kerana suaraku bergumam sahaja
Tidak bisa terluah
Tidak mampu digubah
Maka,
Aku berkata dengan hatiku
Dengan tingkahku
Moga cintaku sampai padamu
Ibu, seorang ratu
Untuk beribu waktu
Untuk mama yang sentiasa di jiwa...
Posted by Cikgu Wana at 6:33 AM 0 comments
Labels: Wadi Puisi
06 April 2011
Penggali Khazanah Bumi
Dulu, bumi itu penuh rahsia
Terasing dan meminggir
Tiada yang baik
Langsung tiada
Hingga tampak sia-sia
Apabila sahaja
Tuhan jadikan aku
Penggali khazanah bumi
Aku bongkar
Aku selongkar
Hingga temui
asal akar
Bukankah pohon rendang
Teguh kuat
Kelak hasilannya buah yang ranum?
dan bunganya akan mekar menguntum
hingga menebar bauan harum
*Hari-hari sibuk dalam hidup praktikum
Posted by Cikgu Wana at 6:05 AM 0 comments
Labels: Wadi Puisi
16 March 2011
Biarkan aku
Biarkan aku genggam matahari itu
Untuk aku berikan cahayanya
pada hatimu yang gelita
Biarkan aku curah hujan itu
Untuk aku basahkan jiwamu
yang kontang dengan cinta
Biarkan...
Biarkan aku basuh semua lukamu
hingga hilang bersih
tanpa darah
tanpa nanah
yang selamanya membusuk di situ
menganggu hidupmu
Dan aku bina kediaman jiwa
paling indah
Biarkan aku lakukan semua
Biarkan...
Posted by Cikgu Wana at 10:23 AM 0 comments
Labels: Wadi Puisi
07 March 2011
AKU TAHU..DIA TAHU..
Aku tahu...
Dia tahu...
bahawa hati kami milik-Nya
dan cinta kami anugerah-Nya
Aku tahu...
Dia tahu...
syurga itu impian abadi
Di sana..
kami sulam manik cinta
hiasi sutera berwarna
Aku tahu..
Dia tahu...
Benih cinta itu kami semai
Kami bajai dengan sabar
agar tumbuh bunga yang mekar
Aku tahu..
Dia tahu...
Allah tahu..
Biarlah begitu...
Posted by Cikgu Wana at 6:00 AM 0 comments
Labels: Wadi Puisi
EMOSI
Pernah hati bicara
marahnya tidak pernah reda
Namun, bila akal mereda
kawal marah
agar hati terjaga
Apabila nafsu merantai
Hati dan akal terpenjara
Langsung tidak bisa keluar
dari emosi yang terkunci
Kata Tuhan
Orang paling beriman
paling rendah kemarahan
paling tinggi kemaafan
dan belas ihsan
Jadi hamba
biar sederhana
mengapa emosi?
Sedang Tuhan Maha Tinggi
malah sangat mengasihi
Posted by Cikgu Wana at 5:56 AM 0 comments
Labels: Wadi Puisi
23 February 2011
HUJAN
Titisan bersama dingin
Itu hujan...
Rintik lebat mencium bumi
Awan sampaikan sayang
pada rumput terhampar
Biarkan...
hujan menyentuh hatimu
Biarkan ia terus mendingin
Lalu membekukan dukamu
Titis cinta dari langit
rahmat buat manusia
dari Tuhan Maha Cinta
yang tidak pernah kemarau
dan alam
akan terus menghijau
6.15 petang-2 Februari 2011-Astaka IPG KPI *hujan menciumku
Posted by Cikgu Wana at 5:28 AM 0 comments
Labels: Wadi Puisi
21 February 2011
Hati
Datang...
Pergi...
Sedih...
Suka..
Aku turut katanya
Marah...
pada jahatnya dunia
Sedih...
pada kelamnya jiwa
Aku belai..
Beri gembira
Hati...
Kala sakit minta dirawat
Kala perit minta didakap
Namun,
sifat terlupa menjerat juga
hingga terlupa
hati terbiar
tiada ria
Posted by Cikgu Wana at 4:30 PM 0 comments
Labels: Wadi Puisi
07 February 2011
Sutera

Itu hamparan mencurah warna
lembut mulus
corak hidup mati
bunga suka duka
Aku mahu jadi hamparanmu
melukis cita dan mimpi
mewarna tangis dan sepi
Itukah aku?
bakal menjadi suteramu
hangat membalut
Selubungkan aku
dengan sutera mimpimu
Maka, kelak
aku bersama denganmu
bersama mimpi-mimpimu
Posted by Cikgu Wana at 8:06 AM 0 comments
Labels: Wadi Puisi
02 February 2011
Kita Minta Pada Tuhan

Kita menadah kita mohon
Kita minta lagi pada Tuhan
Kita minta yang kita mahu
Kita minta lagi
Kita sujud
Kita bilang butir tasbih
Kita minta lagi pada Tuhan
Hidup senang
Mati juga senang
Kita tidur
Kita menangis
Kita minta pada Tuhan
Jangan cabut nyawa kita
kerana belum puas dengan dunia
juga tidak sedia bertemu denganNya
Kita minta
tidak pernah beri
Kita dapat
Jarang mensyukuri
Kita menadah
Kita minta lagi pada Tuhan
Posted by Cikgu Wana at 11:01 AM 0 comments
Labels: Wadi Puisi
26 January 2011
Hitam Putih

Bila sahaja aku gemar hitam
Dia marah sekali
Katanya hitam kelam
Tanda berkabung sedih
Tidak bernyawa
Dia malah memilih putih
suci bersih
tiada corak
mulus benar
Hitam putih
Boleh jadi persamaan
Boleh jadi juga pertelingkahan
Beza membezakan
Sama persamaan
Hitam putih
Jadi pilihan
Posted by Cikgu Wana at 8:42 PM 0 comments
Labels: Wadi Puisi
23 January 2011
Beri Aku Matahari

Tolong beri aku matahari
biar dia silau
hingga buta
tak nampak
Tolong beri aku matahari
biar dia gembira
biar terang dunianya
yang gelita
Tolong beri aku matahari
untuk hangatkan
dingin hati
yang beku dengan benci
Tolong beri aku matahari
Tolong beri aku matahari
(Hati dalam hari kegelapan)
Posted by Cikgu Wana at 2:41 AM 0 comments
Labels: Wadi Puisi
22 January 2011
Biarlah
Itu detik sial
detik paling gila
Kata Tuhan
dunia milikNya
manusia duduk beramal
buat yang baik sahaja
Bila manusia jadi tamak lupa
harta orang
terus buta
itu detik sial
bila manusia jadi haloba
Biarlah
kelak dia pikul dosa
mencari meraba
tidak jumpa
Biarlah
kelak dia jawab dengan mata
dengan telinga
dengan tangan keduanya
Biarlah
Biarlah
Itu detik sial
Detik paling gila
Posted by Cikgu Wana at 8:00 AM 0 comments
Labels: Wadi Puisi
20 January 2011
Ini ceritanya
Ini cerita
penuh resah gelisah
tanpa kata
Ini cerita
penuh suka duka
tanpa bicara
Biarkan hati menjerit
memekik menyelar dusta
meraung menangisi berpisah
Ini cerita
cerita tentang mimpi
cinta dan cita-cita
Posted by Cikgu Wana at 10:02 PM 0 comments
Labels: Wadi Puisi
14 January 2011
Itu Manusia
Itu manusia
yang khalayak memanggilnya manusia
yang melihat dengan mata
dan berbicara dengan mulutnya
Itu manusia
yang hatinya kecil sahaja
tetapi besar mimpi dan cita
Itu manusia
yang nanti matinya dikambus tanah
yang hidupnya dulu bergelumang dosa
Maka,
manusia apakah itu?
Posted by Cikgu Wana at 9:52 PM 0 comments
Labels: Wadi Puisi
10 December 2010
Carikan Aku Dia
Carikan aku dia
yang ketawa apabila gembira
yang menangis tatkala berduka
yang memegang jika rebah
Carikan aku dia
yang pintanya cuma doa
yang kudratnya sekadar semangat
yang jalannya menunduk
tapi basah keringat
Carikan aku dia
dimana-mana kau jumpa dia
dimana-mana kau lihat dia
cari benar-benar
kerana dia sukar dilihat
jika dengan sekali pandang
Posted by Cikgu Wana at 3:22 AM 0 comments
Labels: Wadi Puisi
25 September 2010
Kurung Putih
Kurung putih itu hadiah
buatmu yang suci tiada noda
bersih dosa dan salah
percikan warna hatimu yang membara
dijahit dengan carikkan benang
menghijab jasad yang kerdil terbuang
terperosok kehinaan
Kurung putih itu tanda kasih
bicara amarah dan sendu rintih
hambur entah pada siapa
yang pasti
siapa itu seorang manusia
bersifat bukan manusia
Basuh darah pada tubuhmu
lalu sarunglah kurung putih itu
kelak kita berpimpinan
dengan sinar terpancar
neon perjalanan
ke negeri abadi
(Dedikasi buat bayi-bayi yang tidak berdosa)
Posted by Cikgu Wana at 11:47 PM 0 comments
Labels: Wadi Puisi








