BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Followers

Popular Posts

02 August 2011

Percaya Untuk Sekali Ini

Jangan cari aku
Aku mahu lari
Menjulang maruah
Dan hak

Berilah fahammu
Juga ikhlasmu

Tiada apa untukmu
Sekadar cinta Tuhan
Aku kirimkan

Published with Blogger-droid v1.7.4

26 July 2011

Tekanan Yang Menekan

Bismillahirahmanirahim..

Sebulan hampir berakhir. Minggu-minggu praktikum yang mengerah segala neuron minda dan tenaga fizikal hingga kadangkala aku hilang segala pertimbangan dan semangat. Mujurlah aku masih punya naluri berTuhan.

Teman-teman juga 'hilang' dalam dunia masing-masing. Mungkin 'bertemu kembali' saat hari-hari yang tidak dipenuhi jadual waktu mengajar. Mudah-mudahan semuanya sihat. Walaupun sunyi dan senyap menyelubungi saban hari, tetapi ada juga terselit tawa dan senda sesaat cuma. Itu sahaja yang menjadi ubatnya.

Sebulan lagi sebelum berakhir praktikum dan juga berakhirnya Ramadhan. Dan sekali lagi diuji apabila mengajar dalam bulan Ramadhan. Moga Tuhan sentiasa memberi kekuatan.

Salam Ramadhan dan terus kuat!

16 June 2011

Biarkan Aku Berlari



Dunia...
Aku tidak pernah lelah
Aku buang segala penat, sakit dan perit
Aku hanya mahu berlari

Biarkan sahaja
Nafasku tersangkut
di rongga paling akhir
Aku tetap mahu terus berlari

Dunia..
Biarkan aku berlari
Menuju hujung cahaya
Lalu, biarkan aku mati
sesudah itu
sesudah aku letih berlari

13 June 2011

Tembus Cahaya


Mataku buta
tidak nampak
Aneh,
aku rasa cahaya
pedih..
perit..

Aku raba..
pegang tidak terasa
Silauan apakah ini?
Hingga tiada tampak sosoknya
tetapi terasa datangnya

Tuhan,
bantu aku..
tembus cahaya..
moga di sebelah sana
aku tidak lagi buta

30 May 2011

Ketakutan Mengajar Kita Bangun Semula

Bismillahirahmanirahim..

Ketakutan. Fear. Takut yang membuatkan kita resah, gelisah, tidak tentu arah. Menaikkan bulu roma? Dan pelbagai istilah lainnya. Ketakutan juga boleh dikategorikan dalam pelbagai aspek. Yang penting, ketakutan selalunya membuatkan kita fobia, trauma, terkesima(eh, bukan. (^^,).

Percaya pada ketakutanmu. Dan kau akan temui jalan untuk bangun semula. Mengapa? Semuanya bertitik tolak dari diri. Rasa takut menghadapi masa depan apabila kita gagal dalam sesuatu perkara. Perasaan takut menghadapi cabaran. Rasa ketakutan yang akhirnya menguasai diri dan melenyapkan segala keinginan dan keazaman.

Takutlah kamu pada Tuhanmu. Takutlah kamu dalam melakukan perkara-perkara maksiat. Ketakutan ini akan membawa kepada kebaikan. Tidak mengapa. Tetapi ketakutan pada perkara yang tidak sepatutnya, yang tidak kena pada tempatnya. Ketakutan jenis apa itu? Dan rasanya ianya tidak wajar.

Belajarlah daripada ketakutanmu. Jadikan ketakutanmu sebagai sahabat. Lama-kelamaan ianya menjadi sebahagian semangat dan pendorong perjuanganmu.

Jangan takut pada kehidupan, kerana sewajarnya kehidupan yang takut padamu. Pada dirimu yang berani.

21 May 2011

Betapa Pun, Ianya Tetap Kehidupan

Bismillahirahmanirahim..

Hari gelap, malam gelap, aku tahu Dia dekat...

Ketika aku menyelak halaman blog Zahiril Adzim (Daim dalam slot Juvana) yang menarik aku mengunyah tulisan-tulisannya Klik Sini, aku terpandang sesuatu di sudut profil dirinya.

"Walau macam mana celakanya kehidupan itu, ia tetap kehidupan."

Aku merasakan memang benar apa yang ditulisnya. Ya, betapa celaka pun hidup ini, ianya tetap kehidupan. Hidup yang datang dari Tuhan, anugerah untuk aku, kau, kita, hamba Tuhan seluruhnya.

Dalam mengharungi hidup, siapa kata sentiasa gembira? Tentu ada deritanya, ada ujian dan dugaannya. Ianya buatkan aku teringat pada sesuatu,

Boleh jadi apa yang kamu tidak sukai itu adalah baik untuk kamu dan boleh jadi apa yang kamu sukai itu adalah tidak baik untuk kamu. Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak. (Al-Baqarah: 216)

Aku mahu hidup, meneruskan hidup dan menikmati hidup.

Menghirup rasa manisnya madu pengalaman dan merawat luka dari pedih duri dugaan. Dan ianya pengalaman. Yang tidak boleh dibeli atau dijual.

Ingatlah, betapa pun, ianya tetap kehidupan. Dan berilah hak untuk menikmatinya.

Apa salah besarkan jiwamu untuk hidup yang kecil?

20 May 2011

Ketawa Dengan Hatimu

Bismillahirahmanirahim..

Ketawalah..ketawa untuk menggembirakan hatimu.

Tetapi jangan pula ketawa berlebihan. Ingat! (^___^)

Ketawalah seikhlasnya dari hatimu. Hatimu akan lunak, akan tenang, akan kenyang diberi makan kegembiraan yang ikhlas. Sesekali hindarkan hatimu dari duka yang mendatang. Berikan haknya.

Kenapa aku cerita tentang ketawa? (kerana malam ini aku banyak tertawa bersama teman-teman) Ketawa yang sebenarnya. Sehingga aku rasa lebih tenang daripada kebiasaannya.

Andai ketawa itu terlalu kasar bunyinya. Apa salah beri senyummu semanis dua? (^___^)