Sebelum apa-apa, banyak2 maaf sebab wa guna bahasa paling hina wa nak guna. Wa panggil lu, lu je sebab wa rasa panas hati sangat.
Assalammualaikum..
Kalau lu tak jawab lu dosa...
Semalam wa nampak lagi lu ngn mamat tu..Buat ape berdua-duaan kat tepi tangga tu. Wa macam ternampak-nampak bayang ada makhluk ketiga(lu faham2 jelah ape). Tapi masalah lu ni, TAK FAHAM-FAHAM.
Dah banyak hari wa tanda dlm planner Prudential wa ni bape banyak lu duduk berdua ngn mamat tu. Itu yang wa nampak, yang wa tak nampak tak taulah. Lu pandai2 la nanti nak jawab kat 'sana'.
Wa sebenarnya tak kisah lu nak terjatuh cinta ke, terjatuh hati ke ngn mamat tu pasal wa tahu itu memang fitrah manusia. Cuma lu punya cara tu silap. Lu jatuh cinta tak salah tapi bila lu dah menjatuhkan maruah cinta yang suci dan bersih, itu yang salah.
Dalam hidup ni, Allah menganugerahkan cinta pada hamba-hambaNya untuk menggembirakan hati hambaNya. Punyalah baik Allah dah bagi nikmat, lu balas dengan tuba. Lu mtk nak kawin ngn mamat tu tapi lu dah menodai cinta lu ngn dia. Lu impikan dia jadi pemimpin lu, anak-anak lu, tapi awal-awal lu dh tabur dosa. Lu tak nak perkahwinan lu berkat ke nanti?
Wa cakap direct, wa tak penah cter benda ni kat sape2, jadi wa ambik keputusan hantar surat 'rasmi' ni kat lu. Wa bukan baik sgt tapi bila wa dh nampak depan mata, wa rasa bertanggungjawab nak nasihat lu. Pasal wa bukan budak agama, bukan budak alim, tapi psl lu kwn wa, wa tak nak nanti tangan wa, kaki wa, mata wa, mulut wa langsung tak dapat bantu lu kat 'sana'.
Wa rasa sekarang ni dh byk org cter, artikel kat internet tak terkira byknya pasal cinta menurut Islam. Lu try2 lah tengok. Kalau ada yang bagus2, lu share2 la ngn wa sbb wa pun bukan bagus sgt. Sesekali hati kena gak makan dengan benda2 yang bermanfaat.
Wa minta maaf dan wa harap kita berdua tak akan terjerumus dengan cinta palsu dan menipu.
Satu lagi cadangan wa, apa kata lu ajak mamat lu sekali join mana2 tazkirah dan serahkan hubungan u all pada Allah.
(lu fikirlah balik apa wa cakap, kalau tak puas hati, jumpa wa depan2)
Wassalammuaalaikum...
Popular Posts
-
Bismillahirahmanirahim. Sebelum apa-apa, jangan maki saya. Tajuk ini bukan bersifat menghina mana-mana pihak atau agama tetapi melibatkan ...
-
Bismillahirahmanirahim.. Ketakutan. Fear. Takut yang membuatkan kita resah, gelisah, tidak tentu arah. Menaikkan bulu roma? Dan pelbagai ist...
-
Itu manusia yang khalayak memanggilnya manusia yang melihat dengan mata dan berbicara dengan mulutnya Itu manusia yang hatinya kecil sahaja ...
-
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.. Ya Allah, ampunkan daku untuk apa yang ingin kuluahkan ini... Sebelum saya bergela...
-
1 Julai 2013. Tarikh lapor diri pertama di Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang. Tarikh yang tidak akan cikgu lupakan sampai bila-bila. Te...
12 February 2011
Wa rasa Lu dah lama tak dengar Tazkirah
Posted by Cikgu Wana at 5:50 AM 0 comments
Memerangi Kafir: Ini Qalam Allah
An-Nisa': 89 - Mereka ingin agar kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, sehingga kamu menjadi sama(dengan mereka). Janganlah kamu jadikan antara mereka sebagai teman-temanmu, sebelum mereka berpindah pada jalan Allah. Apabila mereka berpaling, maka tawanlah mereka dan bunuhlah mereka di mana pun mereka kamu temukan, dan janganlah kamu jadikan seorang pun di antara mereka sebagai teman setia dan penolong.
Lihat ayat seterusnya,
An-Nisa': 90 - Kecuali orang-orang yang meminta perlindungan kepada sesuatu kaum, yang di antara kamu dan kaum itu telah ada perjanjian(damai) atau orang yang datang kepadamu sedang hati mereka merasa keberatan untuk memerangi kamu atau memerangi kaumnya. Sekiranya Allah menghendaki, nescaya diberikan-Nya kekuasaan kepada mereka (dalam) menghadapi kamu, maka pastilah mereka memerangimu. Tetapi jika mereka membiarkan kamu, dan tidak memerangimu serta menawarkan perdamaian kepadamu(menyerah), maka Allah tidak memberi jalan bagimu untuk menawan dan membunuh mereka.
A-Nisa': 91 - Kelak akan kamu dapati (golongan-golongan) yang lain, yang menginginkan agar mereka hidup aman bersamamu dan aman pula bersama kaumnya. Setiap kali mereka diajak kembali kepada fitnah(syirik), mereka pun terjun ke dalamnya. Karena itu jika mereka tidak membiarkan kamu dan tidak mau menawarkan perdamaian kepadamu, serta tidak menahan tangan mereka (dari memerangimu), maka tawanlah mereka dan bunuhlah mereka di mana saja kamu temui, dan merekalah orang yang Kami berikan kepadamu alasan yang nyata(untuk memerangi, melawan dan membunuh) mereka.
Posted by Cikgu Wana at 4:07 AM 0 comments
08 February 2011
Terjerat
Dia degil
sering mahu senang
hidup senang
Rasa mudah dalam dunia
Penat
itu kata dia
penat dengar nasihat
dia cuma mahu gembira
tanpa sedih
tiada duka
Lalu dia masuk dunia itu
dunia luas dan mudah
dunia seronok dan gembira
hingga dia lupa
jerat perangkap
tidak terlihat mata
dan dia terikat
tiada peluang
kembali pulang
Posted by Cikgu Wana at 5:24 AM 0 comments
07 February 2011
Sutera

Itu hamparan mencurah warna
lembut mulus
corak hidup mati
bunga suka duka
Aku mahu jadi hamparanmu
melukis cita dan mimpi
mewarna tangis dan sepi
Itukah aku?
bakal menjadi suteramu
hangat membalut
Selubungkan aku
dengan sutera mimpimu
Maka, kelak
aku bersama denganmu
bersama mimpi-mimpimu
Posted by Cikgu Wana at 8:06 AM 0 comments
Labels: Wadi Puisi
04 February 2011
Benci...Syukur...
Dia kata dia benci
benci sekali
kerana Tuhan ambil kembali
terlalu cepat
dia sekadar sempat bernafas sesaat
Dia kata dia benci
benci sekali
kerana Tuhan bela ibunya
ibunya yang pada dia
tidak layak digelar manusia
Tapi dalam benci dia syukur
syukur Tuhan selamatkan dia
syukur Tuhan membela dia
syukur dia duduk di syurga
dari tempat busuk dan cela
Dia benci hidup
tapi dia syukur juga
boleh 'hidup' di sisiNya
Posted by Cikgu Wana at 7:31 AM 0 comments
02 February 2011
Kita Minta Pada Tuhan

Kita menadah kita mohon
Kita minta lagi pada Tuhan
Kita minta yang kita mahu
Kita minta lagi
Kita sujud
Kita bilang butir tasbih
Kita minta lagi pada Tuhan
Hidup senang
Mati juga senang
Kita tidur
Kita menangis
Kita minta pada Tuhan
Jangan cabut nyawa kita
kerana belum puas dengan dunia
juga tidak sedia bertemu denganNya
Kita minta
tidak pernah beri
Kita dapat
Jarang mensyukuri
Kita menadah
Kita minta lagi pada Tuhan
Posted by Cikgu Wana at 11:01 AM 0 comments
Labels: Wadi Puisi
26 January 2011
Hitam Putih

Bila sahaja aku gemar hitam
Dia marah sekali
Katanya hitam kelam
Tanda berkabung sedih
Tidak bernyawa
Dia malah memilih putih
suci bersih
tiada corak
mulus benar
Hitam putih
Boleh jadi persamaan
Boleh jadi juga pertelingkahan
Beza membezakan
Sama persamaan
Hitam putih
Jadi pilihan
Posted by Cikgu Wana at 8:42 PM 0 comments
Labels: Wadi Puisi
25 January 2011
Cerita Rahsia (Bahagian 3)
Hari itu hari paling gila. Hari dimana semua perkara tidak berada di tempatnya. Aku keluar awal. Meredakan sedikit keberangan dan kemarahan hati. Sarapan juga tidak sempat dijamah. Malas dan marah. Memang benar ini hari paling gila.
Kelmarin, temanku menelefon. Mengkhabarkan bahawa tulisanku hebat sekali. Malah, yakin benar dia berkata, "kau hebat sekali!". Aku malah ketawa besar walau hati berbunga-bunga.
Tetapi hari ini lain pula kisahnya. Itu yang aku katakan gila. Aku gila menulis tetapi tulisanku ke tempat terhormat (bakul sampah). Bila sahaja aku adukan ke temanku, dia malah menyindir. Katanya, "kau tidak cukup gila barangkali".
Semua indah di awalnya. Hingga sahaja aku terbaca ayat gila ini.
- Tulisannya teruk. Langsung tidak mencerminkan pemikiran remaja.
- Jika ini bakal penulis muda, lebih baik tidak perlu.
- Tulisannya memalukan sejarah sastera.
Maka, salahkah aku kalau menjadi gila hari ini? Kerana tulisan itu menyebabkan aku hilang pedoman tiba-tiba.
Bersambung...
Posted by Cikgu Wana at 8:07 AM 0 comments
Labels: Cerita Rahsia
24 January 2011
Mozek kehidupan
Hidup dan kehidupan...
Tentu sahaja penuh dengan pelbagai himpunan perasaan. Sejak akhir-akhir ini rasanya seperti ada sahaja perkara yang tidak kena. Mungkin dengan keadaan yang tidak begitu selesa, dengan timbunan pelbagai projek, kerja, dan presentation.
Kadang-kadang fokus terhadap kerja menurun. Ada lintasan perasaan, emosi yang tidak menentu. Tentu sahaja bukan berkaitan kerja. Peribadi, perasaan dan entah apa sahaja lagi. Hingga kadang-kadang jiwa jadi sakit, hati jadi pedih.
Terfikir untuk lari. Meninggalkan segala yang salah, tidak betul, tindakan bodoh. Refresh dan memulakan semuanya semula. Tapi, apa maknanya? Melarikan diri dari keadaan dan apabila kita sampai di penghujungnya, kita terfikir alangkah ruginya meninggalkan waktu tersebut.
Lalu, hanya pada teman, pada Allah, tempat mengadu perasaan. Bercerita perkara yang disukai, ketawa tetapi kadangkala menung juga yang merantai jiwa. Hingga kadang jadi lelah melawan rasa.
Hidup sebenarnya umpama mozek-mozek. Kita susun, kita atur hingga benar-benar cantik. Agar indah hidup dan menjadi pelengkap kehidupan. Andai kita tertinggal salah satu mozek, maka pincanglah lantai kehidupan. Kita sampai di penghujung tetapi kurang sempurna kejadiannya.
Maka, hidup perlu diteruskan. Menyusuri satu-satu liku dan jalan. Sakit, letih itu satu bab dari seluruh cerita hidup. Teruskan dengan tenang, gembira dan yakin cinta Allah pada kita.
Posted by Cikgu Wana at 4:58 AM 0 comments
23 January 2011
Beri Aku Matahari

Tolong beri aku matahari
biar dia silau
hingga buta
tak nampak
Tolong beri aku matahari
biar dia gembira
biar terang dunianya
yang gelita
Tolong beri aku matahari
untuk hangatkan
dingin hati
yang beku dengan benci
Tolong beri aku matahari
Tolong beri aku matahari
(Hati dalam hari kegelapan)
Posted by Cikgu Wana at 2:41 AM 0 comments
Labels: Wadi Puisi







