BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Followers

Popular Posts

15 May 2013

Aku Menjadi Cikgu Kerana Permainan Psikologi

16 Mei 2013.

Hari Guru disambut khas buat cikgu-cikgu di seluruh negara. Oleh kerana aku merupakan seorang guru, maka tarikh ini turut menjadi kegembiraanku. Jika 24 tahun yang lalu, aku dilahirkan sebagai seorang doktor, mungkin aku tidak akan jadi cikgu sekarang. Sebenarnya, persoalan mengapa aku jadi cikgu belum terjawab walaupun sejak 4 tahun yang lalu aku mendaftarkan diri sebagai guru pelatih di maktab perguruan. Tidak lama lagi aku sah bergelar guru dengan menerima segulung ijazah tetapi aku masih tertanya-tanya mengapa aku menjadi guru atau lebih tepat mahu menjadi guru. Adakah mungkin keinginan aku untuk menjadi seorang cikgu adalah semata-mata kerana permainan psikologi mak aku? Kenapa aku kata begitu? Aku akan cerita.

Aku memulakan persekolahan peringkat rendah seperti rakan sebaya aku. Ketika itu, jika ditanya apakah cita-cita kami, jawapan yang diberikan adalah hampir sama. Ini juga salah satu kemusykilan aku. Mengapa ketika itu tidak ada seorang pun murid yang akan memberitahu cita-citanya yang luar biasa seperti mekanik kapal terbang, pengeksport tong gas dan sebagainya. Jawapan-jawapan popular berkenaan cita-cita seperti yang ramai sedia maklum adalah seperti doktor, jurutera, guru, pensyarah, arkitek. Ketika itu aku sedar. Sekiranya kita tidak memberikan jawapan seperti tertera ini, kita akan jadi makhluk asing yang dibenci oleh manusia. Kita akan keseorangan tanpa kawan dan tentunya diketawakan semasa sedang melantak bihun sup dan meneguk air sirap di kantin pada waktu rehat.

Aku ingat aku sering memberitahu guru bahawa cita-citaku adalah guru atau pensyarah (menjadi kebiasaan anak-anak kecil mempunyai lebih dari satu cita-cita). Sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa aku telah dipermainkan dengan kaedah psikologi mak aku di rumah. Mak aku adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau sering menceritakan kisah hidupnya kepadaku terutamanya waktu aku duduk melepak baring-baring dengan beliau di bawah kipas ruang tamu rumah kami. Mak aku bercita-cita menjadi guru tetapi disebabkan mak aku merupakan anak perempuan yang sulung, maka menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga adik-adiknya yang masih kecil. Oleh kerana itu, mak aku terpaksa melupakan hasratnya untuk meneruskan pengajian di maktab. Takdir Allah, mak aku berkahwin dalam usia muda. Maka, hasrat dan cita-cita beliau terpaksa dimatikan terus. Beliau selalu berharap dan berdoa semoga anak-anak beliau meneruskan cita-citanya. Daripada keadaan sebegini, yang saban waktu aku mendengar keluhannya, lantas cita-cita menjadi guru itu semulajadi melekat dalam kotak pemikiranku tanpa aku mahu untuk menafikannya. Sedari itulah, aku pasakkan pekerjaaan GURU sebagai cita-citaku.



Begitu kuat acuan psikologi yang mak aku mainkan. Beliau tiada ijazah atau kepakaran tetapi beliau telah menanamkan cita-cita itu begitu kuat dalam hati dan fikiranku.

**************************

Aku tak pernah salahkan mak aku, malah aku bersyukur.

Mak aku tak punya apa-apa tetapi aku tahu dia punya doa boleh jadi senjata. Semangat dia menjadikan aku manusia bukannya makhluk asing dari lain dunia.

Selamat Hari Guru untuk aku. Dan Selamat Hari Ibu untuk mak aku.

1 comments:

Anonymous said...

Cita-cita paling popular waktu zaman sekolah rendah kita = cikgu.

Sebab? Bagi aku, sebab cikgu sekolah kita nampak sangat bahagia. Mana2 pergi, ramai anak murid membodek, volunteer nak angkat beg, nak salam cium tangan cikgu, bila hari guru berlambak hadiah.

Dan juga, sebab kita tak ada imaginasi tinggi. Kita tak didedahkan dengan hal orang dewasa dan orang dewasa tak kuasa nak cerita pasal hal dewasa kepada kanak2.

Satu perbualan aku dengan salah seorang kawan waktu zaman sekolah rendah:
Q: Ayah awak kerja apa?
A: Kerja tukang mesin je(padahal engineer berkelulusan tinggi)

Sebab tu bila ditanya cita-cita, balik2 jawab "cikgu/pensyarah", doktor, engineer (tapi bila ditanya doktor atau engineer bidang apa, masing2 pelik. Ingat lagi ada member tanya balik, "doktor ada bidang2 ke?"

Bila dah tingkatan 1, baru dapat kenal dunia. Tapi ada ramai lagi pelajar yang, bila sampai masa nak pilih jurusan (tingkatan 4), masih terpinga2 nak pilih apa, sebab cita2 masih blur.

Dan bila dah naik level universiti, main ikut je apa yang parents nak / apa yang IPTA decide / apa yang kawan2 amik. In the end, ramai yang tak dapat survive.

Ignorant is really not a bliss.