Bismillahirahmanirahim
Jika ini cerita rahsia, maka kini ianya bukan rahsia lagi.
Andainya cerita rahsia ini mengaibkan, wajarkah diceritakan semuanya? Walhal telah terbukti jelas Yang Maha Perkasa melarang hamba-Nya membuka aib yang tersembunyi. Biarkan sahaja sekadar diketahui Tuhan dan hamba.
Namun, jika cerita rahsia ini boleh sahaja menjadi kesedaran dan keinsafan? Maka, wajarlah ianya diberitahu dan dibongkarkan. Agar yang membaca beroleh manfaat daripadanya.
Saya bukanlah seorang yang pandai menulis, apatah lagi menyusun kata. Barangkali kata-kata saya seringkali mengundang rimas dan bosan. Namun, saya kembali kepada niat yang azali agar cerita rahsia ini diketahui semua dan diserap manfaatnya. Mana yang baik dijadikan teladan mengharungi hidup. mana yang kurang baik dijadikan sempadan agar terbatas laku.
Saya sekadar bermula dengan niat, dengan nama-Nya dan iringan doa. Semoga rahsia yang bukan lagi rahsia mendatangkan kebaikan. Saya tukangi rumah cerita ini sedikit demi sedikit agar menjadi kediaman hati tuan-tuan. Kediaman yang jamil wa kamil. Rumah menuju Tuhan.
Wallahualam.
Popular Posts
-
Kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa.. Andai kucing menyayangi anaknya, maka wajarkah binatang yang menjadi manusia?
-
Tolong beri aku matahari untuk beri dia silau hingga buta tak nampak Tolong beri aku matahari Untuk beri dia gembira menerangi dunian...
-
Itu hamparan mencurah warna lembut mulus corak hidup mati bunga suka duka Aku mahu jadi hamparanmu melukis cita dan mimpi mewarna tangis dan...
-
Bismilahirahmanirahim.. Hujan petang ini. Mudah-mudahan mendinginkan hawa yang agak panas. Hari yang tenang. Aku bangun agak lewat hari ini....
-
Bismillahirahmanirahim. Dengan Nama-Nya yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Bulan lalu, tarikh yang sama (1 Julai 2013), cikgu ditempa...
14 January 2011
Cerita Rahsia (Bahagian 2)
Posted by Cikgu Wana at 10:28 PM
Labels: Cerita Rahsia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)








0 comments:
Post a Comment