Bismillahirahmanirahim...
Saya, anda dan semua daripada kita pasti pernah terjatuh. Sakit bukan? Kadang terluka, robek di mana-mana. Malah kadang-kadang parut akibat terjatuh masih kelihatan sehingga dewasa. Lalu, peristiwa terjatuh selalu ingin dilupai kerana manusia senang apabila mengingati perkara-perkara yang manis sahaja.
Pengajaran apa yang kita perolehi? Sekadar luka kelihatan, diubati lalu sembuh. Sedang Allah memberi pengajaran yang besar. Supaya kita lebih berhati-hati pada masa depan. Apabila kita semakin dewasa, jatuh bangun dalam hidup tidak pula kita tekuni dengan sebaiknya.
Kegagalan memberikan kepedihan, keperitan, rasa kesedihan yang kadang-kadang terlalu melampau. Jika tidak, tentu sahaja tidak ada langsung kes bunuh diri akibat kecewa. Tidak salah menangis, mengadu, meluahkan perasaan tetapi di manakah tempat terbaik meluahkan rasa?
Kita yang mengaku Islam. Membesar dalam iman dan didikan dakwah seharusnya lebih sedar, lebih tekal dan tabah menghadapi dugaan hidup agar kita lebih bersabar.
Lihat Firman Allah :
"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar"..(Al-Baqarah: 155)
Sedikit petikan kata-kata yang dihantar sahabat. Mudah-mudahan menjadi pendorong hati dan jiwa :
Melangkah itu mudah, namun mencari arah itu terkadang payah. Mencari jalan itu mudah, namun memahami destinasi itu yang susah. Menyusuri jalan itu mudah, namun menuju noktah itu pasti mendatangkan lelah. Dalam semua ini, menjaga istiqamah itu paling susah, payah dan lelah. Namun, Dia tidak meminta manusia menjadi yang terbaik. Hanya perlu untuk melakukan yang terbaik, meletakkan sandaran dan keyakinan penuh kepadaNya. Lantas, nescaya Dia akan menguruskan yang selebihnya agar yang terbaik itu menjadi milik manusia.
Lalu, bersabarlah dan terus mengadu kepadaNya. Berusaha memperbaiki diri dan meneruskan perjuangan kehidupan ini.
Wallahualam..
Popular Posts
-
Bila sahaja aku gemar hitam Dia marah sekali Katanya hitam kelam Tanda berkabung sedih Tidak bernyawa Dia malah memilih putih suci bersih ti...
-
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.. Ya Allah, ampunkan daku untuk apa yang ingin kuluahkan ini... Sebelum saya bergela...
-
Jika disebut nama Mohd Faizal Musa, mungkin ramai yang tidak mengenali insan ini kecuali pencinta karya-karyanya. Faisal Tehrani, nama anak ...
-
Bismillahirahmanirahim.. Dengan namaMu kumulakan, Saya jarang sekali melihat mendung dengan sungguh-sungguh. Mungkin kerana saya agak takut ...
03 December 2010
Sakit Apabila Terjatuh
Posted by Cikgu Wana at 2:27 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment