
Jika disebut nama Mohd Faizal Musa, mungkin ramai yang tidak mengenali insan ini kecuali pencinta karya-karyanya. Faisal Tehrani, nama anak muda berusia 36 tahun ini terus gah mandaki tangga-tangga dalam rumah kesusasteraan tempatan.
Bergiat aktif dalam penulisan cerpen, novel, puisi dan drama pentas, kebolehan beliau tidak seharusnya dikesampingkan. Kerana Manisnya Epal, cerpen yang menjadi tatapan pelajar-pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (secara formal) sehinggalah karya-karyanya yang menjadi rebutan penggemar ilmu dan falsafah untuk mencari kelainan dalam pembacaan.
Novel Manikam Kalbu menjadi doku-drama di saluran popular TV3 pada hari raya kedua dan ketiga membuktikan bahawa karyanya tidak semestinya sekadar menjadi 'sahabat' orang-orang bijak pandai tetapi juga pengetahuan ringan untuk masyarakat.
“Saya ibaratkan seorang penulis itu umpama seorang tukang masak. Manalah sama sentuhan air tangan masakan kali pertama jika hendak dibandingkan dengan pengalaman yang diraih selepas itu. Bukan saja berjaya menemui sentuhan pengalaman yang ada, begitu jugalah seorang penulis.
“Bukan menidakkan hasil karya saya ketika awal dulu, tetapi saya tidak pula melihat semula ke belakang, sebaliknya mensasarkan pencapaian ke depan. Genre penulisan bagi saya seiring dengan kematangan usia dan pengalaman sepanjang terbabit dalam bidang ini.” kata Faisal Tehrani penuh bermakna.(petikan Berita Harian, 25 September 2010)
Pensyarah Fakulti Penulisan, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) ini ternyata berkebolehan menyuntik jiwa masyarakat dengan karya-karyanya yang sarat dengan ilmu, agama serta nilai yang diadun dan diolah dengan baik bagi keperluan masyarakat. Tidak keterlaluan jika mengatakan beliau adalah ikon sastera muda yang memberikan nafas baru dalam jagat sastera tempatan.
Popular Posts
-
Burung enggang terbang merendah Mencari teduh di tengah padang Hijrah pertama jadi sejarah Umat Islam mulia berkembang Bunga ...
-
Bismillahirahmanirahim. Assalammualaikum w.b.t Seperti selalunya, tahun baharu Masihi 2015 disambut meriah bagi meraikan permulaan semang...
-
May peace be upon you Bismillahirahmanirahim.. Hari yang bermakna tidak perlukan hadiah, pujian atau ganjaran. Hari yang bermakna ada...
-
Menang, berjaya, ternama.. Kalah, mengalah, dihina.. Kita pilih Untuk letak diri dimana Antara dua.. Kita manusia Mahu me...
-
Bila sahaja aku gemar hitam Dia marah sekali Katanya hitam kelam Tanda berkabung sedih Tidak bernyawa Dia malah memilih putih suci bersih ti...
25 September 2010
Siapa Mohd Faizal Musa?
Posted by Cikgu Wana at 9:00 AM
Labels: Bedah Sastera
Subscribe to:
Post Comments (Atom)








0 comments:
Post a Comment