BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Followers

Popular Posts

25 September 2010

Siapa Mohd Faizal Musa?


Jika disebut nama Mohd Faizal Musa, mungkin ramai yang tidak mengenali insan ini kecuali pencinta karya-karyanya. Faisal Tehrani, nama anak muda berusia 36 tahun ini terus gah mandaki tangga-tangga dalam rumah kesusasteraan tempatan.

Bergiat aktif dalam penulisan cerpen, novel, puisi dan drama pentas, kebolehan beliau tidak seharusnya dikesampingkan. Kerana Manisnya Epal, cerpen yang menjadi tatapan pelajar-pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (secara formal) sehinggalah karya-karyanya yang menjadi rebutan penggemar ilmu dan falsafah untuk mencari kelainan dalam pembacaan.

Novel Manikam Kalbu menjadi doku-drama di saluran popular TV3 pada hari raya kedua dan ketiga membuktikan bahawa karyanya tidak semestinya sekadar menjadi 'sahabat' orang-orang bijak pandai tetapi juga pengetahuan ringan untuk masyarakat.

“Saya ibaratkan seorang penulis itu umpama seorang tukang masak. Manalah sama sentuhan air tangan masakan kali pertama jika hendak dibandingkan dengan pengalaman yang diraih selepas itu. Bukan saja berjaya menemui sentuhan pengalaman yang ada, begitu jugalah seorang penulis.

“Bukan menidakkan hasil karya saya ketika awal dulu, tetapi saya tidak pula melihat semula ke belakang, sebaliknya mensasarkan pencapaian ke depan. Genre penulisan bagi saya seiring dengan kematangan usia dan pengalaman sepanjang terbabit dalam bidang ini.” kata Faisal Tehrani penuh bermakna.(petikan Berita Harian, 25 September 2010)

Pensyarah Fakulti Penulisan, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) ini ternyata berkebolehan menyuntik jiwa masyarakat dengan karya-karyanya yang sarat dengan ilmu, agama serta nilai yang diadun dan diolah dengan baik bagi keperluan masyarakat. Tidak keterlaluan jika mengatakan beliau adalah ikon sastera muda yang memberikan nafas baru dalam jagat sastera tempatan.

0 comments: