Secara praktikalnya, sistem pendidikan di Malaysia sudah dirangka dengan baik. Bermula daripada kategori prasekolah hinggalah ke institusi pengajian tinggi. Di mana wajarnya berlaku gejala-gejala sosial yang semakin meruncing? Kepuasan dan kebebasan apakah yang dicari generasi perintis negara ini?
Tidak kurang yang tegar menyalahkan sistem atas alasan terlalu rigid. Terlalu berorientasikan peperiksaan. Justeru, tindakan pemansuhan UPSR dan PMR mula diperdebatkan. Perubahan demi perubahan dalam sistem pendidikan menyebabkan pelajar-pelajar semakin 'pening'. Maka, wajarkah mereka melakukan tindakan-tindakan negatif dengan alasan bosan dan terkongkong?
Asas pembelajaran yang menjadi pegangan ahli-ahli teori adalah perubahan tingkah laku. Oleh itu, pembelajaran yang baik seharusnya menyediakan pelajar ke arah perlakuan tindakan yang positif. Sehubungan dengan itu, asas pembelajaran yang sekecil-kecilnya tidak harus diketepikan oleh sesiapa juga.
Ibu bapa yang merupakan pencorak dan pelukis kanvas hidup anak-anak perlu melakukan pertimbangan yang wajar bagi 'menentukan' hala tuju masa depan anak-anaknya secara bertoleransi. Pegang kata-kata ini, do as your heart says dan pantaulah dengan sebaik-baiknya. Mula bertindak dengan berhemah dan tekal melakukan pemantauan sehingga menyakini keupayaan anak-anaknya.
Lihat anak-anak di Palestin yang berjuang dalam pencarian ilmu saban hari...
Apabila pencarian ilmu diperjuangkan, maka tuntutan ilmu hingga ke liang lahad.
Popular Posts
-
Bismillahirahmanirahim. Sebelum apa-apa, jangan maki saya. Tajuk ini bukan bersifat menghina mana-mana pihak atau agama tetapi melibatkan ...
-
Mentari menyergahmu dengan teriknya Kau masih mendongak menadah mata Bulan mengejekmu dengan sinarnya Kau malah memuji keindahannya Bin...
-
1 Julai 2013. Tarikh lapor diri pertama di Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang. Tarikh yang tidak akan cikgu lupakan sampai bila-bila. Te...
-
Hari ini genap 3 hari di sekolah. Dan hari ini detik paling tidak gembira untuk kali pertamanya. Cikgu lewat ke LDP kerana terlupa. Alhamdul...
29 September 2010
Salah sistem ?
Posted by Cikgu Wana at 5:15 PM 0 comments
25 September 2010
Kurung Putih
Kurung putih itu hadiah
buatmu yang suci tiada noda
bersih dosa dan salah
percikan warna hatimu yang membara
dijahit dengan carikkan benang
menghijab jasad yang kerdil terbuang
terperosok kehinaan
Kurung putih itu tanda kasih
bicara amarah dan sendu rintih
hambur entah pada siapa
yang pasti
siapa itu seorang manusia
bersifat bukan manusia
Basuh darah pada tubuhmu
lalu sarunglah kurung putih itu
kelak kita berpimpinan
dengan sinar terpancar
neon perjalanan
ke negeri abadi
(Dedikasi buat bayi-bayi yang tidak berdosa)
Posted by Cikgu Wana at 11:47 PM 0 comments
Labels: Wadi Puisi
Layakkah Digelar Manusia?
Kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa..
Andai kucing menyayangi anaknya, maka wajarkah binatang yang menjadi manusia?
Posted by Cikgu Wana at 11:36 PM 0 comments
Siapa Mohd Faizal Musa?
Jika disebut nama Mohd Faizal Musa, mungkin ramai yang tidak mengenali insan ini kecuali pencinta karya-karyanya. Faisal Tehrani, nama anak muda berusia 36 tahun ini terus gah mandaki tangga-tangga dalam rumah kesusasteraan tempatan.
Bergiat aktif dalam penulisan cerpen, novel, puisi dan drama pentas, kebolehan beliau tidak seharusnya dikesampingkan. Kerana Manisnya Epal, cerpen yang menjadi tatapan pelajar-pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (secara formal) sehinggalah karya-karyanya yang menjadi rebutan penggemar ilmu dan falsafah untuk mencari kelainan dalam pembacaan.
Novel Manikam Kalbu menjadi doku-drama di saluran popular TV3 pada hari raya kedua dan ketiga membuktikan bahawa karyanya tidak semestinya sekadar menjadi 'sahabat' orang-orang bijak pandai tetapi juga pengetahuan ringan untuk masyarakat.
“Saya ibaratkan seorang penulis itu umpama seorang tukang masak. Manalah sama sentuhan air tangan masakan kali pertama jika hendak dibandingkan dengan pengalaman yang diraih selepas itu. Bukan saja berjaya menemui sentuhan pengalaman yang ada, begitu jugalah seorang penulis.
“Bukan menidakkan hasil karya saya ketika awal dulu, tetapi saya tidak pula melihat semula ke belakang, sebaliknya mensasarkan pencapaian ke depan. Genre penulisan bagi saya seiring dengan kematangan usia dan pengalaman sepanjang terbabit dalam bidang ini.” kata Faisal Tehrani penuh bermakna.(petikan Berita Harian, 25 September 2010)
Pensyarah Fakulti Penulisan, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) ini ternyata berkebolehan menyuntik jiwa masyarakat dengan karya-karyanya yang sarat dengan ilmu, agama serta nilai yang diadun dan diolah dengan baik bagi keperluan masyarakat. Tidak keterlaluan jika mengatakan beliau adalah ikon sastera muda yang memberikan nafas baru dalam jagat sastera tempatan.
Posted by Cikgu Wana at 9:00 AM 0 comments
Labels: Bedah Sastera
Kejam?
Di Palestin, umat Islam dibunuh kerana mempertahankan agama, budaya dan negara
Di Malaysia, mereka dibunuh kerana apa?
~Kita atau siapa yang perlu berfikir?
Posted by Cikgu Wana at 8:35 AM 0 comments
Bermula
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Semoga permulaan ini adalah yang terbaik dan memberikan manfaat terbaik.
Di sebalik sepasang mata hanyalah sekadar tanggapan, persepsi, pandangan seorang hamba Allah, manusia, pelajar, anak dan sahabat.
Di sebalik sepasang mata hanyalah singkapan pengalaman dan penterjemahan peribadi yang mungkin sahaja kurang di mata yang lain.
Memanfaatkan sepasang mata anugerah Allah. Itulah niat sebenar. Sebenar-benarnya daripada hati yang tulus ikhlas.
~Dari mata turun ke hati, dari hati menjadi peribadi~
Posted by Cikgu Wana at 3:32 AM 0 comments