Itu hamparan mencurah warna
lembut mulus
corak hidup mati
bunga suka duka
Aku mahu jadi hamparanmu
melukis cita dan mimpi
mewarna tangis dan sepi
Itukah aku?
bakal menjadi suteramu
hangat membalut
Selubungkan aku
dengan sutera mimpimu
Maka, kelak
aku bersama denganmu
bersama mimpi-mimpimu
Popular Posts
-
Berita ini telah lama disiarkan tetapi cikgu baru 'diberitahu' semasa menggeledah laman berkaitan pendidikan jasmani bagi menyiapkan...
07 February 2011
Sutera
Posted by Cikgu Wana at 8:06 AM
Labels: Wadi Puisi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment