BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Followers

Popular Posts

04 March 2011

Keputusan dan Penerimaan

Bismillahirahmanirahim...

Dalam kehidupan ini, kadangkala kita diminta atau dipaksa membuat keputusan. Keputusan yang berat mahupun ringan. Keputusan menentukan hidup malahan untuk makan juga kita perlu membuat keputusan.

Apabila membuat keputusan, tentu sahaja kita akan menghadapi penerimaan akibat daripada keputusan yang telah dibuat. Baik atau buruk, terpulang kepada kita untuk menilai emosi semasa menerima keputusan,

Kesukaran semasa membuat keputusan dan perasaan gusar serta gelisah sama ada keputusan yang diambil adalah betul ataupun salah seringkali menganggu perasaan. Namun, terselit hikmah di sebalik keputusan tersebut. Kita telah melangkaui satu batas ketakutan dan berani dalam membuat satu keputusan muktamad dengan pertimbangan yang wajar.

Sebagai seorang Islam, sebelum membuat keputusan ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian, Mengadulah pada Allah. Istikharahlah memohon petunjuk Allah. Andai keputusan yang diambil adalah tepat, alhamdulillah. Namun, andainya ianya satu kesilapan, anggaplah satu kekhilafan telah dilakukan dan ini merupakan tarbiah daripada Allah. Moga-moga kita terus bertawakal kepada-Nya kelak.

"Beranilah membuat keputusan. Apa sahaja penerimaan, ianya satu bab daripada keseluruhan cerita kehidupan".

Wallahualam..

0 comments: